Monday, July 26, 2010

Aku Bukan Pilihan Hatimu

Jika memang diriku
Bukanlah menjadi
Pilihan hatimu
Mungkih sudah takdirnya
Kau dan aku
Takkan mesti bersatu

Haruslah slalu kau tahu
Ku mencintaimu di sepanjang waktuku
Harus slalu kau tahu
Semua abadi untuk selamanya

Karena ku yakin
Cinta dalam hatiku
Hanya milikmu
Sampai akhir hidupku

Karena ku yakin
Di setiap hembus nafasku
Hanya dirimu
Satu yang slalu ku rindu

Saturday, July 24, 2010

Muzik Menurut Islam oleh Ustaz Hasrizal (Bahg. 1)

Manusia Dan Seni

Manusia adalah makluk yang dibekalkan oleh Allah SWT dengan perasaan, tabiat dan kecenderungan semulajadi yang sudah menjadi fitrah kejadian manusia.. Jiwa dan perasaan manusia perlu disahut kehendak-kehendaknya sebagaimana manusia memberikan hak-hak tertentu kepada akal dan tubuh badannya. Apabila jiwa dan batin ditekan atau tidak disahut kecenderungannya, ia akan cepat memberontak menyebabkan kehidupan tidak tenteram. Islam telah mengiktiraf hak-hak batin manusia melalui firman Allah Taala: “... Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)” Ali Imran : 14.

Namun, dalam menyahut kehendak batin dan jiwa, Islam meletakkan batas-batas tertentu. Batas-batas ini sekiranya dilanggar akan menyebabkan kerosakan dan kemudaratan kepada individu dan masyarakat muslim. Di sinilah terpancarnya keunggulan Islam dalam memastikan kebahagiaan hidup makhlukNya di bumi Allah SWT yang menjadikan manusia dan Maha Mengetahui seelok belok dan kehendak hambaNya. Lantaran itu, Allah murka kepada orang yang mengharamkan perhiasan dan kelazatan-kelazatan yang telah dikurniakan olehNya kepada hamba-hambaNya di pentas dunia ini. FirmanNya: “Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hambaNya dan mengharamkan rezeki yang baik.” Al-A’raaf : 32 FirmanNya lagi: “Jangan kamu lupa bahagian kamu daripada kehidupan dunia ini.” Al-Qasas: 77


Muzik Sufi


Muzik adalah sebahagian daripada seni. Mendengar irama muzik merupakan satu wasilah untuk melapangkan jiwa yang hambar dan fikiran yang berserabut. Dengan menyanyi (atau bernasyid) dan mendengar irama-irama tertentu seseorang itu boleh gembira atau sedih, tenang atau gelisah dan sebagainya. Perkara ini adalah fitrah yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun, tua atau muda, kecil atau besar. Hatta janin di dalam kandungan ibu bertindak balas dengan suara nyanyian ibunya sebagaimana hasil kajian yang dilakukan oleh Persatuan Kajian Sains Diraja England.

Perkembangan dunia seni mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan tamadun. Ia berkembang selari dengan perkembangan
sesebuah tamadun bangsa. Sekiranya kita kembali kepada sejarah ketamadunan Islam kita mendapati kebenaran fakta ini. Di permulaan pembinaan tamadun Islam, iaitu di zaman Rasulullah SAWdan Khulafa’ Ar-Rasyidin, seni tidak begitu dititikberatkan kerana umat Islam sibuk berjuang di jalan Allah SWT untuk meluaskan empayar Islam. Tiada masa bagi mereka untuk bersuka ria dan memberikan perhatian kepada perkara-perkara sisipan dalam kehidupan seperti seni. Apabila kuasa Islam semakin meluas dan berlaku persekongkolan tamadun dengan Parsi,India, Rom dan sebagainya, bidang seni semakin berkembang. Umat Islam yang hidup dalam keamanan dan kemewahan mula mencari hiburan dan suka ria untuk memenuhi kelazatan dan kesenangan hidup. Lantaran itu berkembanglah dunia seni dengan pesatnya.


RAIHAN (Kumpulan Nasyid Malaysia)

Alat-alat muzik diimport daripada tamadun-tamadun lain seperti Parsi dan India. Mereka mula tenggelam dalam dunia kemewahan, bersuka ria dan hiburan yang berlebihan dan bercanggah dengan batas-batas Allah SWT. Natijahnya umat mula melupai kewajipan mereka. Kehidupan bercampur aduk dengan unsur-unsur maksiat, empayar Islam semakin lemah kerana lemahnya pemimpin dan rakyat, akhirnya satu demi satu jajahan Islam dirampas oleh musuh dan mengakibatkan kehancuran empayar Islam dan kehinaan umatnya. Inilah gambaran apa yang berlaku kepada Khilafah Othmaniyyah di Turki.

Di abad ini alam Islami menghadapi perkembangan dunia seni yang lebih mencabar. Dengan berlakunya persekongkolan tamadun dengan barat, umat Islam diserang dengan arus massa yang amat deras. Tamadun material Barat telah mengeksport ke dunia Islam berbagaibagai corak seni yang meliputi perfileman, drama, nyanyian, dokumentari dan seumpamanya melalui wasilah-wasilah massa seperti TV, radio, wayang, video, komputer, satelit dan sebagainya. Barat yang tidak mengerti halal dan haram menjadikan dunia seni seumpama neraka jahannam yang menjadi ancaman yang amat merbahaya dan suka ditangkis oleh umat Islam di masa kini. Umat Islam seolah-olah sudah tidak bermaya lagi untuk menangkis seranganserangan tersebut. Mereka seumpama ‘Pak Angguk’ yang menerima sahaja segala apa yang dikurniakan oleh barat kepada mereka tanpa menilai baik atau buruk, membina atau tidak. Lantaran itu menjadi kewajipan umat Islam untuk menghadapi serangan media massa yang hebat ini demi keagungan Islam. Umat Islam perlu mengemukakan alternatif-alternatif baru yang dapat menggalang-gantikan bentuk-bentuk hiburan Barat yang jauh lebih melencong daripada batas-batas Allah SWT.


Yusuf Islam (sekadar gambar hiasan)

Tamat bahagian 1..Nanti sambungan bahagian seterusnya..Salam Madin Madun.

Sumber : http://www.muslimdiary.com/downloads/muzik%20menurut%20islam Ust%20Hasrizal.pdf

Friday, July 23, 2010

Mimpi ...



Sekadar gambar hiasan

Semalam aku penat sangat lepas keje kul 6 aku tido. Ingat nak tido jap je, last smpai kul 1 pg aku terbangun.Magrib aku da terlpas...Ish...subhanallah..xsengaja...pas tu mandi n solat isyak...Pastu aku tdo smule dan aku bermimpi tentang seseorang yg nyaris berkahwin dgn org lain tetapi apabila aku muncul die terus kembali kepada aku...Apakah mksd mimpi ini?aku hanye diam apabile terbangun dr tido.Mungkinkah ade yang sesuatu yang bakal berlaku selepas ini.

Hanya Allah yang mengetahui segala yang bakal berlaku kerana kita hanya mampu merancang da DIa yang menentukannya...Aku bersyukur masih boleh bernafas di bumi Nya ini.

ALLAH Maha Mengetahui..

Thank you Allah...

EP Terbaru The Times..aku tunggu ...

Cover EP terbaru The Times


The Times akan keluarkan EP terbaru mereka beberape hari lagi. Sememangnya aku mahu mendengar ke semua lagu-lagu terbaru The Times.

madin wants you to check out a photo on MySpace

Tuesday, July 20, 2010

Kisah Lawak Suami Isteri


Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi.

Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat senario romantik ini.


Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid.

Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi serta
ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang teramat sangat.

Apabila ditanya, si suami menjawab : "Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"

Monday, July 19, 2010

Spektakular(Preview upcoming e.p) by THE TIMES


Aku suka gila lagu Spektakuler start tengok The Times main di Xgig Xtended. Berulang-ulang kali aku tonton video tersebut sehingga aku cari kord gitar lagu Spektakuler ini.

Tetapi sampai sekarang aku masih belum jumpa lagi di mana aku boleh mendownload lagu ini.
Kalau dapat jaming lagu ni memang berasa puas di hati Madin Madun ini

Spektakular(Preview upcoming e.p) by THE TIMES

Saturday, July 17, 2010

Kisah Menarik Yang Kita Tidak Tahu Tentang Hitler

Aku terjumpa kisah ni dlm facebook saudar Azhar Abdullah. Ia menarik perhatian aku. Jadi aku cdg nok letak kat blog aku sebagai sesuatu yang 'rare' la. Jadi di bawah ini semua tetang kisah tersebut yang kita tidak pernah tahu tentang Hitler dan pimpiannya.Bukan aku aku nak back-up Hitler ke ape ke, cume sebagai tambahan isu-isu je.
Semuanya bermula di bawah ...................................................................................:

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua. Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini.






Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.




Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.






Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir.


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.








Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Macam tu la kisah nya.Salam AL Madin MAdun.

Friday, July 16, 2010

Gula-Gula Kapas Puteh



Di sini aku mahu bercerita seditkit berkenaan nama yang terpapar di atas .Itu merupakan nama band yang sempat ditubuhkan semasa aku menunutu ilmu Ijazah Psikologi Industri & Organisasi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Sudah lama di hati kecil ini ingin menubuhkan sebuah band sebab dari kecil lagi aku terlalu suka dan taksub mendengar lagu sampai tahap ketagih(macam orang ketagih rokok ). Akhirnya berjaya juga pada tahun 2007 iaitu tahun permulaan aku melangkah kaki ke UTM Skudai,Johor. Pada mulanya aku bertemu dengan seorang mamat grunge n yang bernama Udi di dalam sebah kelab yang kami sama-sama masuk iaitu kelab H.O.M.E ( House of Multy Expertise). Kelab HOME ini mempunyai 3 pecahan bidang iaitu nasyid, grafik & pramuja(band). Pramuja tersebut memang baru dibuat masa mula-mula aku masuk UTM. Dipendekkan ceritanya aku dan udi dikira generasi pertama. Tidak berapa lama aku dan udi masuk kelab HOME tersebut, senior HOME menyuruh kami memasuki Battle Of the Band pesta konvo . Pada mulanya aku memang tidak mahu dan anggap ini macam gurauan sahaja.



Tiba-tiba Si Udi Cobain betul-betul serius ikut cakap senior HOME. Ada ke patut dia suruh aku jadi vokalis. Selepas itu kami pun masuk pertandingan tersebut dengan bantuan Intan utk lagu Zombie(Cranberries). Irwanysah abang YB yang aku selalu gelarkan berasal dari Kedah mengambil posisi sebagai pemain seruling untuk lagu tersebut(kreaitviti sikit). Udi sebagai gitar utama. Paan gemok sebgai pemain gitar bass dan Nabil pemain drum. Aku bawa lagu Spider(telinga ke tulang). Aku rasa pada masa itu amat memalukan diri aku yang macho ini. Pengalamn memang tidak ada langsung dan latihan hanya beberapa kali sahaja. Kalau sesiapa yang tengok video tersebut, memang kelakar habis sampai Lie Raub(rakan sebilik) panggil aku vokalis Type-X (sebab suara kasar). Selepas itu, detik demi detik kami semakin bertambah rakan-rakan seperjuangan apabila kami diundang untuk membuat persembahan akustik di Malam Dinner FPPSM (Glorius Nite).






Sebelum itu, pelbagai nama yang difikirkan kami untuk dijadikan nama band. Kalau diingatkan semula memang rasa nak gelak. Aku tak mahu beritahu nama-nama yang telah kami brainstormkan. Bukan apa, takut ada yang mati kena lukemia terkejut pula. Pada masa itu juga Paan gemok telah digantikan dengan Paan kurus atas sebab-sebab tertentu. Pada masa tersebut juga lah aku, udi, paan, shiro,atip, irwan & daus berhempas pulas mencari nama dan berlatih akhirnya atip yang timbulkan nama GULA-GULA KAPAS PUTEH atau G2KP. Jika ada undangan membuat persembahan akustik sememangnya tidak menjadi masalah kepada kami. Tetapi jika ada undangan persmbhan dalam bentuk band,itu yang menjadi masalah disebabkan kami tiada pemain drum. Pada tahun 2008, kami mengenali Panjang @ Mukhlis (junior shr) yang sudi bermain untuk G2KP. Masa itu juga aku suruh dia mendengar dan berlatih untuk lagu Couple (Now That I Can See) & The Strokes (12:51). Panjang cakap pada aku yang sebelum ini dia tidak pernah mendengar lagu The Strokes. Dia cakap juga yang dia mula menyukai lagu tersebut. Tidak berapa lama kemudian kami mengenali Iman si gadis comel dari Kelantan untuk diajak bermain drum sebagai ganti kepada Panjang yang tidak boelh bermain kerana sibuk. Selepas itu tambah seorang keybordist iaitu amoi Ma Lee(junior kos aku). Selepas itu bermain la kami di persembhan demi persembahan sampai gig pun pernah dicuba iaitu di City Plaza(idea si daus). Kini, kami walaupun tidak bersama tetapi G2KP tetap bersama. Satu hari nanti aku telah bercadang pada Udi untuk merekod atau merakam lagu-lagu yang telah kami miliki sendiri iaitu Bukanlah Boneka & Waris Sejati.


Udi-gitar utama
Paan-Bass gitar
MaDin-Vokal/gitar kedua
Firdaus-Jimbe/Bonggo Irwansyah-Seruling/Jimbe
Atif amsyar-Jimbe

Shiro anip-Tamborin
Iman-Pemain drum/perkusi
Maa Lee-Pemain keyboard

Panjang/Khalisah-Sessionist
3 TAHUN BERSAMA DENGAN IDENTITI YG MSG2 BERLAINAN... Download lagu single kami Bukanlah Boneka dan Waris Sejati (akustik je xmampu wat kat studio rakaman) di 4 shared.com Boleh juga lihat video kami di youtube.com



Kat Dsi UTM la....

















First persembahan Malam Dinner FPPSM





G2KP






Pesta Konvokeseyen 43 (Iman AKustika)
Johan dpt rm350 ,piala n sijil..





Gig kat City Plaza..




Gambar dr hp iman mase pas jaming kat DSI...





Ngan member2 pas iman akustika....




Aku mase kat Taman AIr Biru..zaman kurus..




Kat dewan HEP....(Maa Lee ,Iman, Udi, AKu, Paan)

Wednesday, July 14, 2010

GeniusXtra Mind & Soul

























Kajian 30 tahun Dr. Mohd Yusoff Hussin M.D (A.M.) - pengasas Teknologi AFTL terhasillah GLUCOSE yang diadun dengan MINERAL SEMULAJADI.Penggunaan Teknologi VNP AFTL dipermudahkan lagi dalam bentuk pil homeopathy. Mampu mengimbangi Hati, Minda, Tubuh, & Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajam ingatan, cergas, cerdik serta sahsiah berketerampilan! Sesuai digunakan untuk semua peringkat usia. Pelbagai khasiat yang amat positif kepada sesiapa yang menggunakannya dengan izin Allah S.W.T.

Keberkesanan GeniusXtra
:


* Meningkatkan tahap kecegasan otak dan perasaan.
* Mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun tidur.
* Cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
* Meningkatkan keyakinan diri dan berani ke hadapan.
* Memperbaiki aura tubuh & mencukupkan keperluan sel.
* Melegakan migrain, demam ringan dan penyakit saraf.
* Mengurangkan panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, penakut dan panas baran


R & D 2009 TERBUKTI BERKESAN melalui 3 buah SK & SMK.

(1) SK SUNGAI BATU ,PANTAI REMIS,PERAK






  1. Mencapai kejayaan dalam peningkatan 90% terhadap pelajar-pelajar bermasalahiaitu tidak boleh membaca,menulis, dan mengira pada tahun 2006.
  2. Peningkatan bilangan pelajar mendapat 5A dari 5 orang (2008) kepada 10 orang (2009).






(2) SK PINTAS RAYA ,JOHOR (2007-2009)





  1. .Peratus menguasai UPSR meningkat daripada 73.6% ke 75.4% dan 2009 melonjak ke 90.4%
  2. 2008, SK Pintas Raya mendapat Sijil Penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Johor kerana mencapai ETR (Expected Targeted Result) yang ditetapkan.
  3. 2009, SK Pintas Raya dianugerahi Anugerah Kecemerlangan Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik.
  4. Dianugerahi Anugerah Kecemerlangan Peningkatan Peratus GPS dan Bilangan Calon 5A daripada Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat.


(3) SMK SRI ISKANDAR, PERAK (Projek Harapan Lulus 2009)



1. Kelas terlemah sesi PMR 2009 telah meningkat secara mendadak apabila peperiksaan pertengahan tahun 0% yang lulus kepada peperiksaan percubaan PMR 7.14% lulus dan apabila peperiksaan PMR sebenar telah meningkat 88.1% yang lulus.
2. Meningkat 12 kali ganda dengan hanya 2 produk iaitu GeniusXtra & CD StudentSync Versi Khas untuk kegunaan 42 orang pelajar.
3. Peningkatan PMR dalam 1 Bulan Setengah!!!!


Antara testimoni pengguna yang telah mencuba GeniusXtra. :


(1) Pn Aisyah Abdullah : 0137158011

Terasa hairan juga bila melihat anak saya selepas sehari makan GeniusXtra, dia begitu rajin, tandas yang tak pernah dicuci olehnya, dicucinya hingga bersih. GeniusXtra memang ada Xtranya, syukur alhamdhulillah ia dapat memupuk sikap mencintai kebersihan. Insyaallah.


(2) Siti Noor Liyana, Kota Baru Kelantan: 0199388237

Setelah 4 hari mengamalkan GeniusXtra dengan cara melarutkan 21 biji ke dalam air 1.5L mineral berturut-turut selama 3 hari, saya dapati diri amat bertenaga walaupun baru 3 bulan melahirkan anak. Fikiran terasa tenang dan ceria. Anak saya yang sekolah dahjah 2 pula mudah bangun pagi dan semakin rajin ke sekolah berbanding dulu. Bagi saya, dengan amalan pemakanan geniusXtra dapat meringankan tugas dan beban dalam mengurus anak-anak.

(3) Uztaz Ghazali-Guru dan Mudir Madrasah Tahfiz Darul Islah, Kelantan.

Sejak mengamalkan pemakanan GeniusXtra dalam sebulan, pelbagai perkara menarik mengenai diri saya, anak-anak dan pelajar-pelajar di madrasah ingin saya kongsikan. Apa yang paling ketara sakit migrain saya hilang, lebih bertenaga dan bersemangat walaupun semasa saya sedang berpuasa. Untuk anak-anak dan pelajar-pelajar madrasah, mereka menjadi lebih ceria, kenakalan dan kerenah remeh temeh amat berkurangan. Keupayaan menghafal Al-Quran juga nampak begitu bagus, ingatan mereka menjadi tajam dan tahan lama. Saya bersyukur dengan kebesaran Allah s.w.t.

(4) Cikgu Sukri - Jerteh, Terengganu

Selepas 2 hari makan geniusXra - anak perempuan saya yang berusia 11 tahun telah berubah kepada seorang anak yang senang bangun pagi dan terus menunaikan solat subuh tanpa perlu dibebel-bebel seperti sebelum ini. Perubahan ketara itu berterusan hingga kini - Kesan GeniusXtra sungguh luarbiasa.


(5) En. Rosly B. Abdul Rahman - Bercham, Ipoh : 0195177419


Anak saya yang berumur 2 tahun kini semakin cekap dan tepat mengenal huruf ABC dan nombor 123 selepas sebulan saya memberikan dia makanan GeniusXtra. Semakin hari semakin petah dan kreatif pertuturannya, sehingga saya merasakan anak saya itu jauh lebih matang berbanding usianya - Terima kasih GeniusXtra.



(6) Ismail Bin Zahari- Kuala Lumpur.







Hanya RM29 sebotol ,
RM 140 untuk 5 botol.


Sila lihat maklumat selanjutnya melalui link di bawah:

http://www.aftl.my/index.php?p=geniusxtra
http://www.aftl.my/index.php?p=media (Video AFTL di PANORAMA TV 1)


Berminat sila hubungi Muhamad Izzmanudin Ibrahim (0137905172 / 0179863689)@


Sofiyuddin



(0134132544)