Friday, July 16, 2010

Gula-Gula Kapas Puteh



Di sini aku mahu bercerita seditkit berkenaan nama yang terpapar di atas .Itu merupakan nama band yang sempat ditubuhkan semasa aku menunutu ilmu Ijazah Psikologi Industri & Organisasi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Sudah lama di hati kecil ini ingin menubuhkan sebuah band sebab dari kecil lagi aku terlalu suka dan taksub mendengar lagu sampai tahap ketagih(macam orang ketagih rokok ). Akhirnya berjaya juga pada tahun 2007 iaitu tahun permulaan aku melangkah kaki ke UTM Skudai,Johor. Pada mulanya aku bertemu dengan seorang mamat grunge n yang bernama Udi di dalam sebah kelab yang kami sama-sama masuk iaitu kelab H.O.M.E ( House of Multy Expertise). Kelab HOME ini mempunyai 3 pecahan bidang iaitu nasyid, grafik & pramuja(band). Pramuja tersebut memang baru dibuat masa mula-mula aku masuk UTM. Dipendekkan ceritanya aku dan udi dikira generasi pertama. Tidak berapa lama aku dan udi masuk kelab HOME tersebut, senior HOME menyuruh kami memasuki Battle Of the Band pesta konvo . Pada mulanya aku memang tidak mahu dan anggap ini macam gurauan sahaja.



Tiba-tiba Si Udi Cobain betul-betul serius ikut cakap senior HOME. Ada ke patut dia suruh aku jadi vokalis. Selepas itu kami pun masuk pertandingan tersebut dengan bantuan Intan utk lagu Zombie(Cranberries). Irwanysah abang YB yang aku selalu gelarkan berasal dari Kedah mengambil posisi sebagai pemain seruling untuk lagu tersebut(kreaitviti sikit). Udi sebagai gitar utama. Paan gemok sebgai pemain gitar bass dan Nabil pemain drum. Aku bawa lagu Spider(telinga ke tulang). Aku rasa pada masa itu amat memalukan diri aku yang macho ini. Pengalamn memang tidak ada langsung dan latihan hanya beberapa kali sahaja. Kalau sesiapa yang tengok video tersebut, memang kelakar habis sampai Lie Raub(rakan sebilik) panggil aku vokalis Type-X (sebab suara kasar). Selepas itu, detik demi detik kami semakin bertambah rakan-rakan seperjuangan apabila kami diundang untuk membuat persembahan akustik di Malam Dinner FPPSM (Glorius Nite).






Sebelum itu, pelbagai nama yang difikirkan kami untuk dijadikan nama band. Kalau diingatkan semula memang rasa nak gelak. Aku tak mahu beritahu nama-nama yang telah kami brainstormkan. Bukan apa, takut ada yang mati kena lukemia terkejut pula. Pada masa itu juga Paan gemok telah digantikan dengan Paan kurus atas sebab-sebab tertentu. Pada masa tersebut juga lah aku, udi, paan, shiro,atip, irwan & daus berhempas pulas mencari nama dan berlatih akhirnya atip yang timbulkan nama GULA-GULA KAPAS PUTEH atau G2KP. Jika ada undangan membuat persembahan akustik sememangnya tidak menjadi masalah kepada kami. Tetapi jika ada undangan persmbhan dalam bentuk band,itu yang menjadi masalah disebabkan kami tiada pemain drum. Pada tahun 2008, kami mengenali Panjang @ Mukhlis (junior shr) yang sudi bermain untuk G2KP. Masa itu juga aku suruh dia mendengar dan berlatih untuk lagu Couple (Now That I Can See) & The Strokes (12:51). Panjang cakap pada aku yang sebelum ini dia tidak pernah mendengar lagu The Strokes. Dia cakap juga yang dia mula menyukai lagu tersebut. Tidak berapa lama kemudian kami mengenali Iman si gadis comel dari Kelantan untuk diajak bermain drum sebagai ganti kepada Panjang yang tidak boelh bermain kerana sibuk. Selepas itu tambah seorang keybordist iaitu amoi Ma Lee(junior kos aku). Selepas itu bermain la kami di persembhan demi persembahan sampai gig pun pernah dicuba iaitu di City Plaza(idea si daus). Kini, kami walaupun tidak bersama tetapi G2KP tetap bersama. Satu hari nanti aku telah bercadang pada Udi untuk merekod atau merakam lagu-lagu yang telah kami miliki sendiri iaitu Bukanlah Boneka & Waris Sejati.


Udi-gitar utama
Paan-Bass gitar
MaDin-Vokal/gitar kedua
Firdaus-Jimbe/Bonggo Irwansyah-Seruling/Jimbe
Atif amsyar-Jimbe

Shiro anip-Tamborin
Iman-Pemain drum/perkusi
Maa Lee-Pemain keyboard

Panjang/Khalisah-Sessionist
3 TAHUN BERSAMA DENGAN IDENTITI YG MSG2 BERLAINAN... Download lagu single kami Bukanlah Boneka dan Waris Sejati (akustik je xmampu wat kat studio rakaman) di 4 shared.com Boleh juga lihat video kami di youtube.com



Kat Dsi UTM la....

















First persembahan Malam Dinner FPPSM





G2KP






Pesta Konvokeseyen 43 (Iman AKustika)
Johan dpt rm350 ,piala n sijil..





Gig kat City Plaza..




Gambar dr hp iman mase pas jaming kat DSI...





Ngan member2 pas iman akustika....




Aku mase kat Taman AIr Biru..zaman kurus..




Kat dewan HEP....(Maa Lee ,Iman, Udi, AKu, Paan)

2 comments: